Menu

Your Ad Here

Thursday, July 29, 2010

Liong Sik didakwa tipu kerajaan

Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Friday, July 16, 2010

Minyak Naik 5 sen, Gula naik 25 sen

Apa cerita sekarang nie...harga minyak naik lagi...harga gula sekampit naik lagi...apa sebenar berlaku di negara nie...Jangan la menganiaya kami sebegini...yang untung bukan kami...tokeh2 saudagar minyak yang untung...tokeh saudagar gula yang untung...apa yang kami dapat dari kenaikan ini...

Siapakah yang boleh menjawab persoalan ini.? Suruh kami menyokong anda, tapi apa yang kami dapat dari sokongan kami kepada anda... Semakin meningkat maju negara, semakin mundur sosio-ekonomi kami. Janganlah kerana ketamakan anda, kami terseksa zahir dan batin...fikirkan lah.!! Ini kah di namakan "Satu Malaysia", ini seperti maknanya satu malaysia adalah milikku...tiada yang boleh menentangku...arahanku perlu lah dipatuhi...Jika tidak patuhi , nesacaya masuklah kamu ke dalam penjara I.S.A ku... Duduklah kamu di dalam sehingga ku rasa nak ampunkan kesalahan ku, barulah kamu boleh keluar....Jika tidak terperaplah kamu di situ.

Ingatlah, bahwa kita ada yang lebih berkuasa selain kamu. Dalam sekelip mata sahaja Dia boleh hancurkan hambanya dengan cara Dia yang tersendiri. So byk2lah bertaubat...janganlah kamu menganiaya saudara se islam kita sendirik. Nesacaya kamu akan terima akibatnya kelak.

So, minta dipertimbangkanlah wahai insan.
Related Posts with Thumbnails