Menu

Your Ad Here

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.

"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.

"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).

Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.

"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.

"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.

Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.

"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.

Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur

Saturday, October 2, 2010

Ronnie bersuara kembali


Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu satu nama panas sejak kebelakangan ini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai isu dan menjadi sasaran pelbagai pihak.

Sejak dua bulan lalu, beliau menutup mulut dan tidak mahu diwawancara oleh mana-mana media. Namun beliau sedia di wawancara oleh akhbar politik, Siasah baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, pelbagai perkara dicerita oleh beliau yang berkaitan dengan pelbagai isu yang menghantui beliau sendiri dan juga DAP di Selangor.

Antaranya isu beliau didakwa sebagai tauke di belakang banyaknya rumah urut dan spa lahir di Selangor sekarang ini.

Ronie juga dikaitkan dengan kegiatan samseng dan ada yang mendakwa kongsi gelap menjadikan pejabat beliau sebagai tapak aktiviti mereka.

Juga dihalakan kepada beliau adalah isu kawasan yang beliau wakili iaitu Dun Pandamaran di Selangor serta hubungan beliau dengan bekas pegawai khasnya di sana.

Dalam wawancara ini, Ronie menjawab semua tuduhan itu dengan tegas dan jelas.

"Saya rasa Barisan Nasional atau Umno sudah tahu, sekiranya mereka tidak kacau kita, dan kita dapat terus berkhidmat membangunkan negeri Selangor seperti hala tuju yang kita ada sekarang ini, mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya yang akan datang.

"Dahulu kita semuanya tidak ada kerajaan, tetapi apabila peluang (mandat) sudah diberi, kita sudah merakyatkan ekonomi Selangor, cara kita mentakbir bersih tanpa penyelewengan, tiada menyalahgunakan kuasa," tegas Ronie dipermulaan wawancara lebih satu jam di pejabatnya itu.
Related Posts with Thumbnails