Menu

Your Ad Here

Tuesday, August 31, 2010

Kenapa Indonesia benci sangat dengan Malaysia?



Panas dan menggelegak hati kami bila baca beberapa blog rakyat Indonesia yang bagi cadangan “sweeping” rakyat Malaysia kat Indonesia sekarang nie. Sweeping nie kalau dalam Bahasa Melayu yang ditranslate bodoh-bodoh ialah menyapu bersih. Kalau ditranslate oleh kami yang tak berapa pandai nie, macam menghapuskan lah kiranya kot. Kalau salah tolong bagitau ye.

Apa orang Indonesia nie ingat rakyat Malaysia nie sampah sarap ke lek-lek ajer kau nak sapu kitorang? Bukan nak cakap besar, tapi kalau rakyat-rakyat Indonesia yang ada kat Malaysia nie kita buatkan “sweeping” untuk diorang gak, mesti kecoh satu dunia. Padahal tak kira berapa ramai rakyat dia yang datang secara haram kat Malaysia nie. Kita lek ajer tak kecoh nak “sweeping” ke apa ke.

Tak faham betul kami kenapa rakyat Indonesia nie benci sangat kat Malaysia nie. Padahal dulu kata serumpun. Takkanlah sebab si Manohara yang ntah sapa-sapa tue nak benci lelebih kot. Memang tak masuk akal langsung. Padahal tak tau sapa lagi yang bersalah dalam kes Manohara tue. Sungguh misteri sebab musabab tetiba rakyat Indonesia nak marah-marah kat kita nie.

Padahal kalau nak kira, kerajaan Malaysia nie baik hati tahap habis tinggi dah. Siap nak buat gaji minimum untuk bibik-bibik RM800 lagi. Bibik-bibik nie banyaknya dari negara mana? Indonesia jugak. Tue pun tak reti nak bersyukur lagi ker? Kalau nak kira betapa ramai rakyat diorang yang carik rezeki kat sini, memang tak logik langsung tetiba nak marah-marah kat kita. Patut lagi bersyukur. Bukan senang nak datang negara orang dapat kerja yang boleh bagi duit banyak-banyak.

Kalau ikut hati nak je kitorang suruh kerajaan Malaysia tangkap Indonesia-Indonesia nie hantar diorang balik ke tempat asal balik. Bayangkanlah kalau korang duduk kat KL nie, tempat-tempat macam KLCC tue time hujung minggu dah jadi port lepak diorang. Dalam komuter takyahlah cakap. Memang muka orang diorang jer penuh. Terasa macam kami pulak kat negara asing.

Jadi persoalan yang nak anda jawapkan untuk kami ialah, kenapa diorang nie nak benci sangat ngan kita? Ada apa-apa idea tak? Jom kongsi-kongsi.

Sunday, August 29, 2010

Pengakuan ikhlas dari Ahli Umno



Pengakuan yang dinyatakan oleh Ahli Umno sendiri.

Apakah pandangan Ulama UMNO pula?

Video ini diambil ketika Karnival Juara Rakyat. Bolehkah ia dilakukan jika ia merupakan anjuran dari pihak UMNO pula? Adakah isu yang dibangkitkan adalah berdasarkan nama parti politik. Tolong bagi penjelasan Ulama dari Pihak Kerajaan UMNO?

Bagaimana pula dengan isu gambar dibawah ini pula? Tolong bahaskan wahai alim Ulama yang bijak lagi sana?




Mari kita bahaskan. Janganlah kita bangkit isu yang dilaksanakan oleh pihak pembangkang walhal kamu juga telah terlebih dahulu laksanakan. Peribahasa melayu ada nyatakan "Paku dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya dia yang lebih".

Tiada Ambang Merdeka, hormati kemuliaan Ramadhan


Buat kali kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan program 'Ambang Merdeka' sebagai menghormati bulan Ramadhan yang sedang dihayati oleh umat Islam seluruh dunia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau yang lazimnya diamanahkan merancang program sedemikian menegaskan, keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bererti tidak menghayati saat-saat kemerdekaan tetapi kerana bulan Ramadhan bulan mulia, ia hanya disambut pada keesokan hari seperti pembarisan.

"Tahun ini merupakan tahun kedua kita tidak mengadakan sambutan ambang merdeka untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Jangan ada pihak pula mencetuskan isu kerajaan negeri tidak hormati kemerdekaan kerana di siang hari pembarisan tetap dilaksanakan," jelasnya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadhan anjuran Lajnah Penerangan PAS di Tapak Ekspo, Seberang Jaya malam tadi.

Namun bagi sektor swasta ia disambut seperti biasa bagi mengenang kembali sejarah silam perjuangan Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat merdeka sebanyak tiga kali menandakan bendera Malayan Union diturunkan.

Lagipun, katanya kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya sambutan sebegitu tidak dibuat.

Apa yang penting sekarang, ujarnya rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran wajar mengukur tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu '1Malaysia Menjana Tranformasi' .

Katanya, jika mahukan tranformasi berlaku, rakyat Malaysia usah lagi berpeluk tubuh tetapi bersama menjulang usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada piliharaya umum ke 13 kelak untuk membuktikan tranformasi benar-benar menjadi kenyataan.

Tambahnya, bukan sekadar slogan rakyat disuruh melakukan perubahan sedangkan jiwa rakyat dibelenggu dengan hutang negara yang maskin bertambah.

"Akibat pembaziran Kerajaan Malaysia, setiap rakyat termasuk bayi yang baru dilahirkan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,700. Apakah dosa bayi yang baru lahir walhal semuanya perbuatan kerajaan yang boros, " tegasnya.

Bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 nanti, katanya tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara maju yang bankrap apabila banyak pelabur asing keluar dari negara ke Indonesia dan Thailand.

Ini kerana, katanya pelabur yakin dengan ketetapan dasar atau polisi negara berkenaan walaupun sesiapa yang memerintah berbanding dasar di Malaysia yang senantiasa berubah mengikut gaya masing-masing.

"Di mana hilangnya Islam Hadhari ciptaan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila dia bersara dan tidak mustahil slogan 1Malaysia pun akan hilang dari sebutan rakyat ketika mana individu lain pula memerintah menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 Masuk surau: Teo akan perjelas kepada Sultan Selangor

Ahli Parlimen DAP bagi Serdang Teo Nie Ching kesal dengan tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang sehingga menimbulkan keresahan umat Islam.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.

"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.

Menurutnya lagi, setelah menyampaikan sumbangan untuk memperbaiki pagar surau, beliau telah dijemput berucap pada majlis tersebut.

"Saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," jelasnya.

Ekoran isu tersebut telah dipolitikkan, beliau sedia mengambil langkah lebih berhati-hati agar perkara sama tidak berulang.

Beliau juga akan akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, mengenai perkara tersebut.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang," katanya.

Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz

Petikan dari Harakahdaily- 29/8/2010

KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam dan Pesara

Akhirnya PM kita mengumumkan akan memberi duit raya RM500 kepada kakitangan awam atau penjawat awam dan pesara sebelum 1 Syawal ni. Lepas KM Pulau Pinang umum duit raya RM 400 kepada kakitangan awam Pulau Pinang, PM kita pulak umum bagi duit raya. Takkan PM nak biar kakitangan awam nganga je. Sedih kalau tak dapat duit raya..hehehe!! Kurang le sikit beban belanja hari raya ni, tambahan pula kepada pesara kan. Senyum lebar semua nanti bila dapat duit raya :)

Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada
1 September ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Pengumuman ini melegakan hati pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, sikap begini perlu dilakukan oleh kerajaan supaya rakyat tidak akan menggangap pihak kerajaan mementingkan poket sendiri bagi pihak-pihak yang tertentu. Mudah-mudahan tahun yang mendatangkan dapat diupkan sikit nilai nya. Tetapi, bagaimana pula dengan bonus untuk penjawat awam? Adakah tahun ini mereka akan meraihnya. Sama-samalah kita berdoa semoga kerajaan berbesar hati untuk memberikannya. Amin.

Petikan berita:

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

CUEPACS Berterima kasih kepada kerajaan:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan
Omar juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Thursday, August 26, 2010

Bagaimana hubungan kasih sayang isteri dan suami terjalin.?


Di dalam kehidupan rumahtangga, suami adalah tingkatan ketiga mulia setelah Allah dan rasul. Mengapa suami diletakkan ditempat yang begitu mulia ?. Jika dikaji dari sudut lahiriah sekalipun, seseorang yang bergelar "lelaki" itu memang mempunyai tanggungjawab yang berat dan besar. Selain menanggung nafkah, lelaki yang bergelar suami ini adalah jambatan untuk isteri mendapatkan redho Allah. Tanggungjawab sebagai ayah yang telah mendidik anak-anak sejak dari alam bayi hingga dewasa, semuanya tertanggung diatas bahu lelaki yang bergelar ayah dan suami itu. Suamilah yang terus menerus menanggung beban sehingga lahirnya zuriat bakal penyambung warisannya.

Segala amal ma'ruf dan nahi mungkar, setiap apa yang dilakukan olehnya apalagi isterinya, akan dipikul olehnya di hari Qiamat kelak. Kerana itulah seorang isteri diwajibkan untuk mentaati suaminya selagi segala perintahnya itu tidak melanggar syariat. Kerana itu juga seorang wanita yang bergelar isteri, wajib mengetahui dan mempelajari segala hukum yang bersangkutan dengan kehidupan berumahtangga dan hal yang berkaitan dengan ketaatan terhadap suami agar terpelihara amal ibadahnya dan memperolehi kebajikan dan menfaat di dunia dan akhirat.

Telah tersebut di dalam kitab Muhimmah, bahawa para ulama telah mengingatkan kepada para isteri: Sesungguhnya antara dosa yang teramat besar derhaka isteri kepada suami ialah menegah akan suami untuk mengambil kesukaan yang ada pada dirinya sama ada untuk diwati (dijimak) yakni untuk memuaskan nafsunya dengan jalan yang halal (sah) di dalam Islam atau lainnya seperti melarang isteri itu ke atas suaminya menjamah dan menyentuh pada sebarang tempat anggota badannya.

Firman Allah di dalam Al Quran: "Dihalalkan bagimu pada malam puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampunkan kamu dan memberikan keringanan kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan dan minumlah sehingga terang benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga malam (tetapi) janganlah kamu mencampuri mereka itu sedang kamu beriktikaf dalam masjid-masjid. Itulah larangan-larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka bertaqwa." (Al Baqarah : 187)

Dan firman Allah lagi di dalam surah Al Baqarah, ayat 223: "Isteri-isteri adalah seperti tanah tempat bercucuk tanam,maka datanglah (tanah) tempat bercucuk tanam sebagaimana sahaja yang kamu kehendaki, kerjakanlah (amal-amal) yang baik untuk dirimu. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah kamu kelak akan menemuiNya. Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman."

Demikianlah perumpamaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t terhadap para isteri. Suami diberi amanah untuk membimbing isteri ke arah kebaikan dan kebenaran. Bagi isteri pula, mereka hendaklah taat terhadap suami dan merasakan suamilah segala-galanya bagi diri mereka sebagaimana kiasan "mereka (isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu adalah pakaian bagi mereka." Isteri hendaklah ingat dan sentiasa takut untuk keluar rumah tanpa izin suami. Kerana sesungguhnya laknat Allah amat besar bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tetapi perlu diingat bagi para suami adalah haram mencegah isteri untuk keluar belajar ilmu Fardhu Ain dan segala ilmu yang wajib dituntut sekiranya suaminya itu tidak berkemampuan untuk mengajar. Sekiranya dia mampu mengajar, maka wajib dia mengajar isterinya akan segala ilmu Fardhu Ain dan isteri tidak boleh ingkar dan enggan untuk belajar.

Jikalau suami mengajak isteri untuk berpindah dari rumah ibu dan ayah, janganlah si isteri enggan kerana isteri bukan lagi hak ibu dan ayah, tetapi hak suami. Isteri wajib mengikuti suaminya kemana sahaja suaminya pergi. Jikalau terdapat halangan untuk mengikuti suami, sedangkan suami redha, maka tidak mengapa tidak mengikut suami pergi atau berpindah ke mana-mana.

Begitu juga layanan isteri kepada suami ketika suami balik dari kerja, mestilah yang menggembirakan hati suami dengan menyediakan minuman dan melemparkan kepadanya senyuman yang manis. Sesungguhnya separuh daripada keletihan itu akan hilang dengan melihat isteri tersenyum manis kepadanya. Ingatlah kehidupan rumahtangga adalah satu kehidupan yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kerana itu janganlah malu untuk memberikan kasih sayang kerana kita juga ingin disayangi dan memerlukan kasih sayang.

Para isteri diingatkan jangan meminta talak. Sesungguhnya inilah dosa yang amat besar di sisi Allah bagi para isteri. Hati suami akan terluka disebabkan perkataan isteri. Dari itu berhati-hatilah semasa mengeluarkan perkataan ketika sedang marah. Hendaklah difikirkan dahulu apa yang hendak diperkata. Kerana perkataan yang kasar terhadap suami itu boleh menyebabkan kita dimurkai oleh Allah s.w.t.

Juga sekali-kali jangan bermasam muka dengan suami. Kejernihan muka dan keceriaan isteri itu adalah penenang fikiran dan jiwa bagi suami dari suasana luar rumah yang penuh maksiat dan durjana. Diri para isterilah tempat tatapannya dan tempat menumpah kasih. Pulangnya suami bila isteri menguntum senyum di pintu, akan menghilangkan segala kepenatan dan keletihan sepanjang hari. Oleh itu senyumlah selalu, nanti suami akan kasih. Allah akan redha.

Hendaklah bersangka baik dengan suami dan jangan mempertikaikan kesetiaan suami. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan kesetiaan masing-masing. Bila di dapati suami melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa. Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redho Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Dalam pada itu para suami haruslah berlaku adil terhadap isterinya. Sememangnya di dalam Islam hak isteri pada suami memang banyak, tetapi hak suami kapada isteri tidak kurang pentingnya pula. Bagi para suami mendidik dirinya, isteri dan anak-anak menghayati Islam adalah wajib, jikalau tidak suami dihukumkan dayus. Setengah ulama menyifatkan makna dayus itu, suami yang membiarkan isteri dan anak-anaknya terjebak dengan maksiat dan mungkar. Maka tersuratlah di sepan pintu syuga yang bermaksud: "Engkau hai syurga ! Haramlah atas segala lelaki yang dayus." Maka apabila datangnya Hari Qiamat, Allah s.w.t akan menghukumkan suami terlebih dahulu di dalam segala hal kebajikan berbanding dengan isteri dan anak-anaknya kerana suamilah yang menentukan segala hal dan berkuasa di dalam rumahtangganya. Firman Allah: "Peliharalah diri dan ahli keluargamu dari api neraka." (At Tahrim: 5)

Para isteri hendaklah mendorong suami untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah. Hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini. Suami digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam.

Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah membetul rumahtangga dengan mengeratkan kasih sayang suami isteri dan membetulkan niat kita mendirikan rumahtangga iaitu mengelakkan kita daripada kemaksiatan serta meletakkan cinta kepada Allah didalam mengatur rumahtangga selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh syariat.

UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan

Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.

Penyelidiknya Prof Madya Dr Fatimah Abu Bakar berkata alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.

Katanya ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah
sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.

"Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.

"Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Fatimah berkata produk itu masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu mana-mana syarikat yang berminat untuk mengkomersialkannya.

Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.

Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia.

Tuesday, August 24, 2010

Budak tiga tahun disembelih bapa

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri, dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih menggunakan sebilah pisau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, ketika mangsa berada di rumah bersama ibu bapa serta seorang adiknya berusia dua tahun.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui motifnya.
Katanya, mangsa yang cedera parah pada leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama.

Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah.

Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.

Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyem-belih mangsa menggunakan sebilah pisau.
Terkejut dengan tindakan suami itu, saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang masih ada di tangannya, katanya.

Nik Suzila berkata, beliau bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku.

Sunday, August 22, 2010

Mufti Teliti Isu Khutbah di P.Pinang

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, memang dibolehkan nama orang bukan Islam jika sekiranya berdoa untuknya mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Beliau berkata, Jabatan Mufti sedang meneliti dan menyiasat apa yang diperkatakan itu dan semua keterangan akan dimaklumkan kemudian pada media. Jelasnya, doa ada dua kategori iaitu doa untuk kesejahteraan atau mendapat hidayah manakala menukar nama Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri dianggap tidak lojik.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein sanggup mengetuai pasukan penyiasat bagi mengenal pasti masjid mana yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid itu.

Katanya, jika didapati ia hanya mainan 'politik kebudak-budakan’, maka tunggulah satu tindakan akan diambil bagi membersihkan nama Ketua Menteri yang tidak tahu menahu namanya dibaca dalam khutbah Jumaat.

Beliau sendiri akan menghantar pasukan menyiasat di mana masjid yang dikatakan berlaku di Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh. Jika tiada apa-apa berlaku langkah seterusnya akan diambil oleh Jabatan Mufti sendiri.

Menurutnya, tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam.

Pasukan itu, kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas, akan dibentuk sejurus sahaja mendapat kata putus dalam perbincangan sesama rakan seperjuangan.

Rosidi yang juga Pengerusi Generasi Perwaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menyifatkan, tuduhan melulu Zahid itu berpunca dari kemelut dalaman Umno yang kemungkinan sukar berpaut pada masyarakat Melayu pada pilihan raya ke-13 kelak.

Saturday, August 21, 2010

Abdul Aziz M Noh Tewas Bersama Wanita

Apa punca nya sume ini....adakah mereka ada hubungan yang intim sehingga sanggup bunuh dan membunuh diri antara satu sama lain....Inikah umat Nabi Muhammad S.A.W. Nabi tak pernah mengajar umatnya membunuh diri. Ini adalah amalan yang paling besar dosanya. Hukum membunuh diri adalah dosa paling besar sekali kerana, sia-sia kita dijadikan Tuhan untuk beribadah dan mengabdikan diri kita pada-Nya, kita lakukan perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Setiap permasalahan yang berlaku di antara kita ada jalan penyelesaian. Bukan cara penyelesaiannya dengan membunuh diri. Cara ini bukan boleh mendatangkan penyelesaian, malah ahli keluarganya akan ditimpa malu.




Lagi pon umurnya yang dah dianggap orang kata "rumah kata pergi, kubur kata mari", sepatutnya makin dekatkan dirinya pada tuhan, bukannya menambahkan dosa yang telah dilakukan. Saya berharap apa yang telah dia lakukan pada ketika itu, tuhan dapat ampunkan dosanya....Amin.

Thursday, August 12, 2010

Kezaliman yang dilakukan oleh Muda Mudi


Apa nak jadik umat Islam zaman sekarang... Mereka ini manusia atau binatang.? Sanggup membuang dan membunuh anak sendiri. Sampai hati mereka...dulu masa nak buat bukan main suka lagi...tapi bila dah dpt dibuang2nya....Ini lah umat manusia akhir zaman...makin moden negara, makin jahil umat manusia...Wahai manusia!! Ingatlah!! bahawa kita hidup didunia hanya sementara akhirat jua la kekal selama2nya. Jangan lah kita melakukan dosa di muka bumi ini... Anak yang tak berdosa di bunuh dan dibuang merata-rata. Tergamak ayah dan ibu kepada pemangsa melakukannya...Tidak berhati perutkah mereka...Sedangkan anak itu tidak berdosa...apa salahnya? Apa yang menyebabkan kelahiran anak itu? Ia datang dari hasil kamu berdua sendiri.... Kamu juga dilahirkan pada ketika dulu oleh ibu mu jua...mereka sanggup menjaga kamu sehingga kamu dewasa. Mereka tidak pernah mengajar kamu lakukan kejahatan di muka bumi ini sedemikian rupa... Wahai manusia kembali la kepada Allah...Jangan lah kamu lakukan kerja yang dimurkai oleh Allah... kamu ada akal fikiran yang baik... Pikirkan dahulu sebelum lakukan...

Wednesday, August 4, 2010

Ambang wati

Apa sebabnya UMNO kini di ambang wati :-

1. UMNO sekarang nie telah jauh terpesong dari landasan sebenar.
2. Pemimpin-pemimpin UMNO yang telah melibatkan diri dengan "koruption".
3. Hak kepentingan peribadi oleh pemimpin-pemimpin diutamakan dan bukannya untuk rakyat.
4. UMNO dah tak relevan bagi bangsa melayu.
5. Masalah sosial semakin berleluasa. Tiada kekangan sepenuhnya dapat dilaksanakan.
6. Utamakan hiburan dari didikan agama.
7. Sebuah organisasi yang gah pada nama dan gah pada penglibatan rasuah.
8. Pembohongan yang telah di hidu oleh rakyat.
9. Mengutamakan peranan pemimpin kawasan yang tidak berapa nak pimpin.
10. Wang adalah segala-galanya tanpa hiraukan rakyat.
Related Posts with Thumbnails