Menu

Your Ad Here

Sunday, August 29, 2010

Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam dan Pesara

Akhirnya PM kita mengumumkan akan memberi duit raya RM500 kepada kakitangan awam atau penjawat awam dan pesara sebelum 1 Syawal ni. Lepas KM Pulau Pinang umum duit raya RM 400 kepada kakitangan awam Pulau Pinang, PM kita pulak umum bagi duit raya. Takkan PM nak biar kakitangan awam nganga je. Sedih kalau tak dapat duit raya..hehehe!! Kurang le sikit beban belanja hari raya ni, tambahan pula kepada pesara kan. Senyum lebar semua nanti bila dapat duit raya :)

Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada
1 September ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.
Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Pengumuman ini melegakan hati pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, sikap begini perlu dilakukan oleh kerajaan supaya rakyat tidak akan menggangap pihak kerajaan mementingkan poket sendiri bagi pihak-pihak yang tertentu. Mudah-mudahan tahun yang mendatangkan dapat diupkan sikit nilai nya. Tetapi, bagaimana pula dengan bonus untuk penjawat awam? Adakah tahun ini mereka akan meraihnya. Sama-samalah kita berdoa semoga kerajaan berbesar hati untuk memberikannya. Amin.

Petikan berita:

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

CUEPACS Berterima kasih kepada kerajaan:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan
Omar juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails