Menu

Your Ad Here

Monday, September 20, 2010

Jenapala bukan anggota parti- PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PKR, bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat pada Februari 2009.



Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sebelum ini Jenapala membuat satu sidang media mengumumkan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi panas iaitu calon Timbalan Presiden PKR.

Terbaru, beliau sekali lagi mengadakan sidang media hari ini mengkritik jawatankuasa Pemilihan PKR setelah borang pencalonan beliau ditolak.

Ekoran statunya bukan lagi anggota PKR, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan dalam PKR.

Selain itu, tindakan mengkritik jawatankuasa pemilih PKR 2010 juga jelas Saifuddin hanya akan mempamerkan sikap sebenar Jenapala yang pernah mengkhinati perjuangan PKR.

"Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan," katanya.

Sunday, September 12, 2010

Pembakaran Kitab Suci Al-quran

Wahai orang muslim!!! Takkan kita nak berdiam sahaja dengan perkara begini. Pembakaran kitab suci Al-Quran oleh pihak kristian yang dilaknati ALLAH S.W.T. AYUH!! Kita bangkit memerangi manusia seperti ini. Mereka telah mencabuli kitab suci kita yang selama ini kita jaga dengan mulia. Ya Allah!! kami hamba mu yang memohon pertolongan dari MU ya ALLAh. Kau Binasakan lah mereka dengan kuasa MU Ya ALLAH.!! Mereka sesungguhnya kaum kafir yang Kau Laknati Ya ALLAH.

Wahai rang Muslimin di seluruh dunia. Mari kita bangkit memerangi mereka. Mereka telah mencabuli kitab suci yang kita agongkan selama ini. Adakah kita hanya duduk berdiam sahaja. Tanpa sebarang tindakan yang harus kita lakukan.



Laknatullah!!! Laknutullah!! Celaka la orang yang membakar kitab suci Al-Quran.

Empat suspek ditahan reman



Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.

Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Semalam misteri kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.

Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong di Banting, Selangor.

Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakar

Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.”

Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik.

Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

“Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis,” kata beliau dipetik Bernama.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

“Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

Wednesday, September 8, 2010

Ratapan dari Proven




Hari ini x de keje nak dibuat. Memandangkan hari raya dah nak menjelma...so mood untuk bekerja dah down...dak-dak lain pon dah tak nampak kat ofis. Masing-masing sume dah balik awal. Boring lak rasenya. Aku nak pulang awal tak sedap lak. Asyik pulang awal jek. Tapi hari raya tahun ni, sama keadaannya macam sebelum-sebelum ni. Nothing yang spesel. Adik aku tetap beraya di kampung mak mertuanya. Ini kerana bini dia baru jek lepas bersalin. So, kena lah beraya kat sana...aku dengan my mum n dad sahaja beraya di rumah. Tahun nie bajet untuk duit raye mungkin bertambah kot sebab aku baru menyambut anak buah yang pertama, so pakcik dia kena bagi duit raya untuk anak buahnya la.

Rumah belum berkemas lagi. Dinding belum dicatkan lagi. So maybe besok akan ku laksanakan kesemuanya. Ikut mana yang termampu la. Tahun nie maybe my cousin rame yang tak de. Meka beraya di kampung meka masing-masing. Mungkin tak havoc la tahun nie.

Kalo dikira-kirakan untuk raya tahun nie...maybe banyak gak kos perbelanjaan untuk raye, namun kita kena kurangkan kos nye sebab ekonomi dunia tidak stabil. so perlu berjimat cermat jek. Rasulullah s.a.w meminta kita berjimat cermat dan jangan berboros ketika beraya kerana berboros itu amalan syaitan. So wat sekadar yang termampu jek. Janji kita dapat sambut hari raya sudah la.




Monday, September 6, 2010

Perjuangan UMNO yang akan berakhir..





Sebagai rakyat berbangsa melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi.

Tetapi Umno tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu kerana Umno lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan Al-Quran. Implikasinya generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar.

Umno mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya.

Umno juga telah "mendera" rakyat yang rata-ratanya berbangsa Melayu di Negeri Kelantan dengan enggan membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Sarawak.

Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi banuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk membekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Umno telah menambahkan beban kepada naka-anak melayu di mana pengajian sains dan matematik diajarkan dalam bahasa inggeris dan dimansuhkan bahasa melayu. adakah Umno pertahankan bahasa melayu menjadi bahsa ibunda?

Kalau dahulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis Umno ini tetapi saya yakin tidak pada kali ini. Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas. Ini adalah zaman di mana masyarakat mula akses maklumat ketiga atau maklumat alternatif untuk mengimbangi apa yang mereka dengar dari radio dan apa yang mereka lihat dari televisyen.

Rakyat kini hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO. Disebabkan keangkuhan dan ketamakkan pemimpin-pemimpin Umno akhirnya memakan diri sendiri.


Sunday, September 5, 2010

 Sudah 3 tahun sewa rumah dijadikan surau

Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan kanopi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

Dengan adanya sumbangan dari pihak anda, segala sumbangan itu akan diserahkan kepada pihak pengurusan surau untuk membina surau baru. Agar para jemaah di taman tersebut dapat melaksanakan solat berjemaah dengan selesa dan khusyuk.

Wahai kerajaan UMNO Perak, mana peruntukan yang sepatutnya diberi bagi pembinaan surau Taman KLebang Prima ini. Segala projek yang mendesak itu apa? Adakah pembinaan surau taman ini, tidak dikatakan terdesak. Fikirkan lah wahai kerajaan UMNO Perak.

Friday, September 3, 2010

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Sumber dari :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid

Thursday, September 2, 2010

 Misteri kain rentang berwajah sultan

-Petikan dari harakahdaily

RASANYA tidak ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Johor yangg terlalu bodoh dan naif untuk mengaitkan kempen politik dengan istana. Apatah lagi jika menggantung sepanduk memaparkan wajah Sultan Johor.

Gambar Sultan Johor pada sepanduk atau kain rentang itu dilapor diletakkan di bawah gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaris dengan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.




Lebih bodoh lagi apabila Dr Chua disifatkan sebagai calon Menteri Besar; sesuatu yang mustahil bagi negeri-negeri Melayu yang berketuakan seorang Sultan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat, dari peringkat organisasi paling bawah - cawangan atau ranting - hinggalah ke peringkat nasional tentu maklum tentang perkara-perkara asas dalam perlembagaan negara dan negeri.

Proses perlantikan Menteri Besar Perak sebaik berakhirnya Pilihan Raya Umum 2008 dan krisis yang tercetus akibat rampasan kuasa BN banyak mengajar mereka tentang perkara-perkara berhubung perlembagaan negeri dan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu dalam memilih Menteri Besar.

Adalah mustahil bagi seorang pemimpin politik bukan Melayu dan bukan Islam untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar kerana secara tersurat mahupun tersirat, Menteri Besar bagi sebuah negeri Melayu mestilah seorang Melayu yang ditakrifkan juga sebagai seorang Islam.

Sehubungan itu, adalah suatu tindakan yang bodoh dan naif untuk PKR menggantung sepanduk dan mengisytiharkan Dr Chua sebagai Menteri Besar. Apatah lagi di saat istana Johor beberapa bulan lalu telah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada bekas Menteri Kabinet itu.

Setakat ini Dr Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri menafikan bahawa sepanduk itu digantung oleh aktivis PKR. Malah Dr Chua tanpa ragu-ragu menganggap ianya sebagai 'kerja' orang Umno bagi menjejaskan imejnya.

Jika benarpun sepanduk itu dipasang ketika PKR dan Pakatan Rakyat mengadakan majlis di Batu Pahat, kerja bodoh itu tidak semestinya dilakukan oleh petugas parti. Ia juga telah dinafikan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Program lawatan Anwar ke Batu Pahat pada 31 Julai lalu sebenarnya tidak berjalan lancar kerana diganggu pihak polis. Anwar dijadualkan berucap di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Sepanduk yang digantung di sebuah dewan, tempat Anwar dijadualkan berceramah turut diturunkan pihak polis walaupun ia tidak memaparkan wajah sultan.

Pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah berkenaan selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

Bila polis masih sibuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di saat indeks jenayah negara semakin meningkat, kita tentunya maklum pihak di sebalik arahan itu.

Walau apa pun motif kejadian tersebut, nyata ada pihak yang tidak begitu senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor.

Kerja-kerja sabotaj ini bukanlah suatu yang asing bagi BN dan Umno.

Lihat sahajalah bagaimana Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan sasaran fitnah Umno dan BN seminggu sebelum pilihan raya umum 1990 berlangsung.

Pada waktu itu, Tengku Razaleigh yang memimpin dua gagasan politik, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat mempunyai peluang besar bagi menewaskan BN. Tengku Razaleigh berjaya mendapatkan sokongan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dato' Joseph Pairin Kitingan dan menjadikan kedudukan BN bagaikan telur dihujung tanduk.

Selain berasa tidak selamat di Semenanjung, BN yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad ketika itu terkejut dengan kejayaan Ku Li menkucar-kacirkan kubu BN di Sabah melalui PBS. Ku Li juga aktif mencari sokongan dan pakatan politik dengan parti-parti politik Sarawak.

Dan sudah menjadi resmi politik Umno untuk memainkan sentimen kaum dan agama bagi meraih sokongan rakyat. Sigah Kadazan yang dipakai Ku Li dijadikan modal untuk menggambarkan beliau sebagai seorang oportunis politik yang sanggup menjual agama dan bangsa semata-mata untuk berkuasa, sedangkan sigah yang sama (bermotif salib) dipakai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri ketika berkunjung ke Sabah.

Kempen jijik Umno yang dilancarkan dengan bantuan media massa utama negara itu berjaya menjatuhkan imej Ku Li di mata pengundi Melayu, dan hasilnya Semangat 46 kalah di kebanyakan kerusi majoriti Melayu kecuali di Kelantan. Usaha untuk menepis fitnah dan pembohongan Umno melalui penyebaran foto Dr Mahathir yang memakai sigah yang sama juga gagal akibat ketiadaan media alternatif yang berkesan.

Insiden yang berlaku di Johor ini tidak mustahil dilakukan oleh Umno yang semakin gusar dengan penularan pengaruh Pakatan Rakyat di negeri itu. Ia bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan berbanding apa yang pernah dilakukan oleh parti itu sebelum ini.

Kerja-kerja sabotaj bukan sesuatu yang asing dalam kempen politik Umno. Dalam sejarah politik negara, Umno bukan sahaja sanggup berbohong, memanipulasikan fakta, hatta secara semberono memperalatkan jentera dan pentadbiran kerajaan untuk terus berkuasa.

Menuduh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati istana ekoran insiden sepanduk itu juga adalah strategi Umno bagi menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap PAS, PKR dan DAP.

Rakyat Johor sendiri boleh menilai parti manakah sebenarnya yang sering memperalatkan istana untuk terus berkuasa hatta mewar-warkan bahawa Umno ditubuhkan di tangga istana.

Ketika diminta mengulas bidasan Dr Chua bahawa sepanduk itu sebenarnya digantung Umno bagi menjejaskan imej beliau, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman menafikannya.

"Tiada siapa hendak buat pun, kita tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pembangkang yang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," kenyataan beliau dipetik media.

Abdul Ghani boleh membuat penafian tetapi semuanya kini terserah kepada tanggapan umum. Rakyat bukanlah senaif dahulu tatkala pemerintah mempunyai kuasa untuk mengawal sumber maklumat.

Dalam perkembangan berkaitan tiga anggota polis pada 18 Ogos lalu telah merakam kenyataan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Turut hadir dalam pertemuan hampir 1 jam itu ialah Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Keterangan itu bagi membantu siasatan berhubung penggunaan foto Sultan Johor pada kain rentang itu.

Pada sidang media selepas dirakamkan kenyataannya, Anwar berkata isu kain rentang provokatif itu bertujuan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan matlamat menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor," tegasnya.

Chua pula berkata tindakan memasang sepanduk itu berniat jahat untuk menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.

"Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

"Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Chua.

Related Posts with Thumbnails