Menu

Your Ad Here

Monday, September 6, 2010

Perjuangan UMNO yang akan berakhir..





Sebagai rakyat berbangsa melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi.

Tetapi Umno tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu kerana Umno lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan Al-Quran. Implikasinya generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar.

Umno mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya.

Umno juga telah "mendera" rakyat yang rata-ratanya berbangsa Melayu di Negeri Kelantan dengan enggan membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Sarawak.

Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi banuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk membekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Umno telah menambahkan beban kepada naka-anak melayu di mana pengajian sains dan matematik diajarkan dalam bahasa inggeris dan dimansuhkan bahasa melayu. adakah Umno pertahankan bahasa melayu menjadi bahsa ibunda?

Kalau dahulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis Umno ini tetapi saya yakin tidak pada kali ini. Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas. Ini adalah zaman di mana masyarakat mula akses maklumat ketiga atau maklumat alternatif untuk mengimbangi apa yang mereka dengar dari radio dan apa yang mereka lihat dari televisyen.

Rakyat kini hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO. Disebabkan keangkuhan dan ketamakkan pemimpin-pemimpin Umno akhirnya memakan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails