Menu

Your Ad Here

Sunday, October 2, 2011

UMNO memperlekehkan Hukum Hudud

Kerajaan UMNO sepatutnya berbangga dengan PAS yang hendak memperjuangkan hukum hudud. Tiada Parti di Malaysia yang sanggup menegakkan hukum hudud untuk menjadi salah satu undang-undang Perlembagaan Persekutuan di Malaysia. Tapi respon kerajaan adalah sebaliknya. Kerajaan UMNO sendiri memperlekehkan usul yang ditegakkan oleh PAS. Para pemimpin UMNO menganggap bahawa hukum hudud ini masih tidak relevan lagi untuk di jalankan pada ketika ini. Sedangkan mereka lupa bahawa hukum menjalankan hukum hudud adalah wajib bagi sesebuah kerajaan Islam. Jika sesebuah negara Islam tidak melaksanakannya maka ia adalah berdosa. Pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya adalah pihak yang memiliki kuasa untuk melaksanakannya iaitu kerajaan yang memerintah.

Jadi jika kerajaan UMNO yang sekarang ini memerintah tidak melaksanakan hukum hudud, maka dosanya ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional.

Janganlah kita memperlekehkan hukum Allah. Ini kerana kita hidup di dunia ini adalah kehendak Allah. Bukanlah kehendak UMNO yang bongkak dan menganggap merekalah kerajaan yang terbaik untuk memerintah Malaysia. Sedangkan mereka lupa bahawa ada yang lebih baik dari mereka. Ini semua kehendak Allah. Kalau Allah katakan "Kun fayakun" maka jadilah ia... Tak da yang lebih berkuasa melainkan Allah.

Kita kena bersyukur pada Allah kerana masih sayangkan hamba-Nya dan memberi peluang kepada hamba-Nya untuk bertaubat serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails